PIALA YANG DIPERTANDINGKAN

Berikut adalah piala-piala bagi kerjohanan ping-pong terbuka gugusan besout.


Piala terbuka guru-guru dan warga sekolah gugusan besout

Piala bagi murid-murid gugusan besout.

Pertandingan Ping Pong Anjuran Kelab Guru

 SABTU 24 Julai 2010. Ketika ini sedang berlangsung pertandingan ping pong guru-guru dan kakitangan sekolah-sekolah Gugusan Felda Gunung Besout anjuran Kelab Guru SKB3. Pertandingan juga di sertai oleh murid-murid sekolah-sekolah sekitar. Penyertaan menggalakkan - Posting by:Tokan Puakajoran.

 

guru perempuan

peraturan ping pong

  • Net adalah setinggi 16 cm.
  • Bola masa serve kena baling at least 16cm daripada tapak tangan.
  • Sekiranya pemain langgar meja dan meja bergerak dikira batal.
  • Bola yg dilambung daripada tapak tangan telah dikira bermulanya permainan.Pemain yang menangkap kembali bola selepas dilambung akan diberikan mata berkenaan pada lawannya.
  • Kiraan mata permainan adalah 11 berdasarkan best of 5 games dalam perlawanan biasa. Setiap pemain akan serve 2 kali kecuali semasa dius , pemain akan serve sekali seorg dan pemain kena dpt 2 point utk tamatkan game. Perlawanan juga boleh dibuat dalam bentuk best of 7 untuk acara semi dan final single individu.
  • Permainan bergu memerlukan pemain sentiasa bergilir mengambil/menghantar bola bagi set point.
  • Sebarang kelakuan yg menggangu lawan boleh diberi foul oleh pengadil
    dgn memberi amaran terlebih dahulu sebagai contoh menjerit dengan kuat atau menghentak kaki dengan kuat semasa perlawanan dengan tujuan menganggu konsentrasi lawan.
  • Semain boleh mengesat peluh bagi setiap 6 mata.
  • Setiap pemain single/double boleh minta hanya satu time out (seminit) dlm sesuatu perlawanan untuk rehat atau berjumpa dengan jurulatih.
  • Jurulatih tidak dibenarkan memberi coaching semasa perlawanan sedang
    berlangsung. Jurulatih yang melanggar peraturan berkenaan boleh diberi amaran oleh pengadir dan seterusnya dikeluarkan daripada tempat pertandingan jika masih melanggar arahan selepas diberi amaran.
  • Bola yg kena bucu meja dan melantun kebawah tidak dikira dan jika kena
    besi juga tidak dikira
  • Tapak tangan yg pegang bet juga dikira sebagai bet
  • Pemain bergu tidak dibenarkan memakai pakaian yang berlainan warna dalam kejohanan.
  • Sekiranya dalam sesuatu kejohanan berpasukan, bergu atau individu, sekiranya perlawanan dijalankan secara liga, penentuan tempat pertama dan seterusnya akan dikira mengikut mata. Sekiranya terdapat 3 pasukan yang mempunyai mata yang sama, maka pengiraan secara set menang/kalah diantara pasukan yang mata sama sahaja. sekiranya masih sama set perlawanan akan dikira. Sekiranya hanya 2 pasukan sahaja yang mempunyai mata yang sama, penentuan akan dikira “siapa menang siapa.”
  • Peraturan servis: semasa bola dipukul tiada apa-apa yang menghalang pandangan ke arah bola tersebut kepada kedua-dua sisi net, tangan yang memegang bola mestilah berada diluar meja dan berada di paras meja. Sekiranya pemain menyalahi peraturan ini servis tersebut dikira batal. Pengadil berhak untuk memberi amaran atau terus memberikan mata kepada lawan pemain tersebut.
  • Servis yang diterima adalah apabila bola memasuki kawasan mejanya seterusnya melepasi net dan masukan dalam kawasan meja lawannya.
  • Servis yang kena net kena diulang (tiada limit).
  • ITTF adalah badan persekutan pingpong antarabangsa yang membuat peraturan-peraturan mengenai permainan pingpong.
  • Saiz bola pingpong yang standard adalah 40 mm

** sila juga rujuk nota-nota pingpong yang lain dalam http://predeo.blogspot.com

Pertandingan Ping Pong

Pertandingan ping pong antara gugusan besout akan diadakan di sek. keb. besout 03,
pada hari sabtu 24.7.2010. Pertandigan ini terbuka kepada semua kakitangan dan warga sekolah di gugusan besout. Pertandingan ini juga terbuka kepada murid-murid sekolah rendah bawah 12 tahun.

untuk info lanjut boleh la menghubungi Tuan Haji Roslan atau En. arif.

sekian .

Tahun 6 2010


  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP